Wednesday, January 26, 2011

Aku ke Kau yang hipokrit ni?

Hi kepada pembaca... Segmen kali ni baru je berlaku pada saya petang tadi. Pernah ke korang di panggil hipokrit oleh seseorang? Korang tau x makna sebenar hipokrit tu??

Dalam “Oxford Learner’s Dictionary” hypocrite; person who make himself or herself appear better than they really are.


Jelas bukan... cuba baca cerita saya sampai habis dan anda sendiri fikir adakah saya hipokrit?
Petang tadi di cafe, staff saya pergi ke toilet dan selepas selesai urusan di toilet tu dia pun mengadu pada saya yang dia ternampak ada seluar dalam lelaki atas lantai toilet. Dengan sepantas kilat saya tau sapa punya, jadi saya sms boss besar adukan hal ini. Pada mulanya tuan empunya "barang" tu tak mengaku, dia cuba tunding jari pada kakak nya, tapi sekali tengok pun dah tahu itu "barang" budak lelaki punya. Setelah membuat pengasahan ala2 CSI gitu, boss besar pun tegurlah boy ni. Tujuan saya menegur bukan sengaja nak bagi boy ni kena marah, tapi tak ke malu kalau customer masuk toilet dan nampak "barang" tu??? Buatnya customer tu complaint kat MBPJ ke... upload masuk dalam internet ke, cafe boss saya yg dapat malu.


Dipendekkan cerita, boy ni punya mother sudah angin satu badan kat saya. Dalam dia memarahi anaknya sempat pulak melepas geramnya kat saya sekali cuma dia tak berani nak berdepan dengan saya so anak nya tu lah jadi mangsa. Lalu dia pun panggil saya hipokrit.. katanya "awak pun satu, dah tahu dia tu hipokrit yang awak tak tau nak jaga barang awak kenapa?" Aiiyyoooo!!! Cik kak oi! Awak kan rajin keluar pergi sana sini, apa kata awak singgah kedai buku cari kamus dan fahamkan betul2 makna hipokrit okay! Saya rasa dia lagi hipokrit sebab bila nak kan sesuatu dia punya lembut bercakap dengan boss besar bukan main lagi... Kasanova pun kalah. Tapi bila boss besar tak de, awak punya kutuk dia mak aih. Lagi satu konon cakap tak suka masuk tv lah, tak suka glamour lah, tapi bila time orang nak shooting, awak jugak yg sebok nak enterframe... kalau lah cameraman tu boleh cakap, dah lama dia sound suruh awak blah... 


Saya amat mementingkan kebersihan baik kat dapur, toilet atau pun tempat buat air. Ya saya pasti akan membebel bila cafe tak bersih. Saya akan tegur sesiapa saja yg tak jaga kebersihan. Tapi tak tau pulak teguran untuk mendisiplinkan boy tu saya digelar hipokrit... apa kena mengena ek?? Sebab tu saya tak suka anak2 saya terlalu spoil dengan maid. Semua benda maid yang buat, sampaikan "barang" sendiri pun maid jugak yg nak kena uruskan... Kalau tak suka orang tegur atau marah anak kita.... ajarlah anak tu menjaga kebersihan dan "barang2" dia, bukannya menyalahkan orang lain. Kalau kita kat rumah pun duk relax je, smua keja pun harap maid dari situ lah anak2 kita ikut attitude ala2 mcm anak raja.


Jadi renung2 kan lah dan tolong bagitau hipokrit ke saya??

Friday, January 14, 2011

Kenapa mesti perlahankan suara azan??

Salam Sabtu dari saya yang baru selesai membelek Berita Harian. Selalunya Harian Metro adalah pilihan utama saya tetapi tergerak pula nak membaca BH. Selepas sehelai demi sehelai lampiran dibuka dan baca, mata saya tertarik pada berita mengenai isu memperlahankan suara azan di sebuah masjid di Pantai Dalam. Apa sebenarnya dah jadi??

Kenapa mesti memperlahankan suara azan?? Apa yang tak kena?? Siapa punya kerja tu?? Dah tak takut Allah S.W.T ke? Jangan jadi mcm Singapura yg mengenepikan hak orang Islam!!! Ini Malaysia dan majoriti rakyatnya beragama Islam!!! Saya membesar di Flat Sri Pahang, Bangsar dan setiap kali masuk waktu saya akan mendengar seruan azan yang kuat samada dari arwah Pak Long saya atau pun jemaah surau yang lain di situ. Saat yang paling saya suka dengar seruan azan adalah pada waktu solat Subuh, damai dan aman. Sehingga sekarang seruan azan masih bergema di ketiga2 blok di Flat Sri Pahang. Walaupun sekarang saya tinggal di Damansara, Alhamdulillah saya masih boleh dengar seruan azan walaupun agak sayup bunyinya tapi setidak2 nya ia menyedarkan saya yg kadang2 leka dengan kerja2 saya.

Harap2 tidak akan timbul lagi isu mengenai seruan azan yang perlu diperlahankan kerana ianya adalah isu yang sangat sensitif bagi kita orang Islam. Tak kira lah kalau kawasan tu majoritinya orang kaya ke, tan sri dan puan sri ke mat salleh ke yang duduk di situ, mereka tetap kena hormat agama Islam. Kita tak perlu tunduk dengan permintaan mereka untuk memperlahankan seruan azan (ini yg berlaku di Paris, U.S. dan Singapore). 1 Malaysia tetap 1 Malaysia tapi agama kita tetap agama Islam! Jangan diperkotak katikkan hal ini. Salam sayang dari saya.

Thursday, January 13, 2011

Wrong Outfit at Wrong Place

Last Saturday, me and family went out to The Curve, its our family time and Marche is our favourite place to eat. My best friend Baby was there too. While we were eating and talking suddenly both of us stop and were shock to see this young girl walked in front of us. Her hair a bit messy but i guess thats her style thou' but her outfit that make us froze for a minute. She's wearing a black T, black short and a long socks which normally wears by you-know-who... What was she thinking when she put on that socks?? And she doesn't look comfy in that shoes either. I supposed youngsters today they were too exposed to all this weird fashion that make them look uglier not prettier or stylo... *sighs*

Bertudung tapi .......

Sudah hampir seminggu saya tak online kerana tak berapa sihat. Alhamdulilah sekarang beransur sembuh dan dengan cuaca yg hujan renyai dan sunyi di cafe ni saya tergerak nak 'berblogging'. Selang 2 hari yg lepas, ada sekumpulan kaum hawa yang bertudung duduk makan di cafe, manis2 belaka bila senyum. Selepas selesai memesan makanan, kaum hawa ni pun memulakan cerita masing2. Bukan maksud nak busy body tapi disebabkan suara tu terlalu kuat benar sehingga saya terdengar butir perbualan mereka.

Kita sebagai kaum hawa dan beragama Islam bukan ke dah didedahkan tentang kebendaan dan tertib ketika makan?? Tetapi apa yg saya saksikan dan dengar pada waktu itu agak memeranjatkan... Salah seorang dari mereka tanpa segan silu dengan bangganya bersuara "Kalau aku, aku nak lelaki yg kaya gila, kahwin je hidup aku senang, tak payah kerja, upah je orang gaji." Mak aih! Terkedu saya bila dengar mcm tu.. kadang2 sya bersyukur tak mempunyai hati atau niat begitu. Alhamdulillah.

Selesai satu topik bukak pulak lagi satu topik. MasyaAllah... mengumpat rupanya... Malu saya dibuatnya. Banyak lagi benda lain yg boleh diceritakan selain dari mengumpat... mungkin itu memang dah tabiat kaum hawa kot bila dah berkumpul skali. Yang kelakarnya, mereka mengumpat tentang kaum sejenis yang pakai sexy, citer pasal dosa pahala tapi mereka tak tau ke apa yang sedang mereka buat masa tu?? Tak semestinya yang bertudung, berjubah itu sebaik2 manusia, dan yg tak bertudung, merokok, berpakaian sexy itu jahat dan murah. Setidak2 nya mereka tak buat dosa dengan mengumpat orang lain.

Saya bukan menuduh kaum hawa yang bertudung tu jahat mulut... tak semua perangai begitu cuma terkilan dengan sikap mereka yg terang2 menunjukkan pekung mereka di khalayak ramai. Sila beri pandangan tentang isu ni... at least kita smua boleh kongsi bersama. Salam sayang dari saya.  ;)

Thursday, January 6, 2011

Lihat nasib Melayu Singapura - Utusan Malaysia - Jumaat 7/1/11

Sebar-sebarkan la sebelum terlambat, biarlah orang nak kata perkauman, OLEH ITU KENAPA? ADA MASALAH? Cuba beritahu, Negara mana yang tiada isu perkauman? Selagi kita berbeza bangsa, warna kulit, bahasa, agama, jantina dll maka isu perkauman dan semangat perkauman akan wujud secara semulajadi. Sekali lagi, OLEH ITU KENAPA? ADA MASALAH? Teruskan aja…sebarkan sebanyak mungkin, tiada masalah. Kalau berlaku masalah, kita panggil orang suratkhabar atau pemuda atau Puteri UMNO, mereka akan pasti membantu. Jangan takut atau gusar, kita hanya menyebarkan KEBENARAN dan KESEDARAN!!! Jangan asyik mengalah.
----------
Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 6 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, semangat perpaduan orang Melayu semasa menumbangkan Malayan Union pada 1948 perlu dikekalkan oleh generasi masa kini jika tidak mahu nasib mereka menjadi seperti masyarakat Melayu di Singapura.
Bekas Perdana Menteri berkata, meskipun orang Melayu di republik itu hanya mewakili kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan penduduknya, golongan tersebut seolah-olah dipinggirkan dan ketinggalan.
Ini kerana, kata beliau, orang Melayu Singapura tidak banyak mendapat tempat dalam kerajaan, universiti dan juga tidak dibenarkan mengendalikan senjata dalam tentera kerana dibimbangi akan memberontak.
“Jika Malayan Union dikekalkan, pasti bangsa Melayu sekarang akan ketinggalan dan ditindas seperti yang berlaku di Singapura, malah kita juga mungkin jadi mundur dan termiskin walaupun menjadi majoriti.
“Pasti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Universiti Teknologi Mara (UiTM), sekolah untuk memberi latihan untuk orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membantu nasib orang Melayu juga tidak wujud,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini petang ini.
Hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
Dr. Mahathir turut melahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang terlalu takut untuk mempertahankan hak mereka sebagai orang Melayu dan membincangkan masalah mereka kerana bimbang dilabelkan sebagai perkauman.
Malah kata beliau, untuk menyebut asal usul negara ini adalah Tanah Melayu juga dianggap perkauman sedangkan kenyataan itu ada dalam sejarah negara yang bakal dijadikan mata pelajaran wajib tidak lama lagi.
“Sebenarnya mereka lupa orang Melayu telah banyak berkorban dan mengalah sejak dahulu untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.
“Antaranya membenarkan nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia, Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia, membenarkan kaum lain menjadi warganegara, memperkenalkan DEB yang begitu bertimbang rasa terhadap orang-orang kaya termasuk daripada kaum lain,’’ katanya.
Beliau berkata, masyarakat Melayu juga tidak pernah mempertikaikan kontrak swasta yang hampir semua diberikan kepada kaum lain dan tempat di universiti swasta penuh diisi oleh kaum lain.
“Sedangkan mereka mempertikaikan hak yang telah diperuntukkan kepada kontraktor bumiputera dalam memperoleh kontrak kerajaan dan kuota Melayu di universiti awam,” kata beliau.
Katanya, orang Melayu perlu mengekalkan perpaduan di kalangan mereka bukan untuk merampas hak orang lain tetapi untuk mengekalkan hak dan keistimewaan bangsa sendiri.
Dalam hal ini, beliau berkata, golongan yang terlalu mengutamakan merit sebenarnya memberikan ruang kepada kaum lain untuk muncul sebagai yang terbaik dan akhirnya Melayu akan menjadi seperti di Singapura.
“Walaupun cadangan asalnya membenarkan orang Melayu menjadi Perdana Menteri dan kaum lain dilantik menjadi timbalannya tetapi akhirnya orang Melayu akan tetap terpinggir.
“Bukan mahu mengatakan orang Melayu ini tidak berkeupayaan tetapi kalau nak lihat orang Melayu kita jadi macam di Singapura, undilah parti lawan,” kata beliau sinis.

- Kadang2 saya amat bersyukur kerana Tun pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau lah saya boleh mengundi Tun Mahathir semula......  Artikel ini saya upload bukan untuk niat politik atau perkauman cuma mahu menyedarkan kaum Melayu kita yg ramai lagi masih "tidur". Ini Tanah Melayu dan sepatutnya Melayu bersatu padu demi AGAMA, NEGARA dan EKONOMI kita!! Salam Sejahtera...

Wednesday, January 5, 2011

BORAK BORAK CAFE

Selamat datang ke Borak Borak Cafe!! Kami menyediakan masakan ala Thai.

From clockwise :-

Telur Bistik
Kailan Ikan Masin
Siakap 3 Rasa
Sup Ekor
Udang Goreng Tepung


Nasi Goreng Sema'un




 Cucur Udang


Nasi Goreng Thailand


 Kuey teow Hong Kong Style


Mee Hailam

Banyak lagi menu2 yg menarik dan menyelerakan ada di sini!

Besar Kepala

Untuk pengetahuan pembaca, catitan ini bukan berunsurkan perkauman ya.
Saya dan hubby membuka sebuah cafe di Kota Damansara. Sudah 1 tahun kami berniaga dan Alhamdulillah cafe kami semakin maju dan dikenali di kawasan Kota Damansara. Di awal perniagaan, kami mempunyai beberapa "jiran sekaum" dan kami tidak pernah ada masalah bermasam muka ke, kau curi customer aku ke atau kau jangan pegi kedai si polan tu, makanan dia tak sedap... memang tak ada dalam kamus hidup kami dalam berniaga. Sedangkan kaum Cina boleh sepakat berniaga bersama takkan kita kaum melayu tak boleh bersatu kan?

Selepas hampir 9 bulan berniaga, satu demi satu "jiran sekaum" kami sama ada berpindah atau tutup. Ada yg owner kedai naikkan sewa dan ada juga yg tak boleh cover business dan perbelanjaan, ada pulak yg pekerja mereka buat hal. Sekarang ni cafe kami dikelilingi oleh kaum Cina. Pada suatu petang penghujung December 2010, seorang lelaki cina berkepala botak, bertatu naga di leher dan lengan kanan masuk ke cafe kami seraya bertanya dengan angkuhnya "Siapa punya motor besar depan tu?" Abg saya yg kebetulan ada seraya bangun dan bertanya "Kenapa?" Lelaki itu pun terus menuduh yg driver motor tu selalu bawak laju depan restorannya.. Aik??? Dah hampir 5 bulan saya bawak motor tu baru skarang dia nak komplen?? Pelik!

Abg saya cakap padanya yg motor itu milik saya sambil tunjuk ke arah saya, lelaki cina tu pun cakap, "bukan apa, kalau bwk laju2 dia takut nanti saya terlanggar customer dia yg tengah makan". Wow!! Lagi lah saya hairan sebabnya, restoran dia bukannya mcm kedai mamak yg letak kerusi meja di tepi jalan tapi kenapa mesti gunakan alasan yg bodoh begitu?? Sudah lah mcm tu, dia cuba nak takutkan abg saya dengan menunjukkan ID Polisnya. Jangan fikir kami ni melayu, kami masih bodoh tentang undang2. Polis tak boleh ada 2 pekerjaan dalam satu masa ya dan ini bukanlah Hong Kong di mana kerajaan mereka mengupah undercover menjadi triad member. Kalau dalam cerita Young N Dangerous boleh lah hahahaha, kami biarkan lelaki cina ni menunjukkan besar kepala dia sampai lah dia blah. Esoknya abg saya call kenalannya di Bukit Aman dan adukan tentang kejadian ini, kami pun dapat tahu siapa dia sebenarnya. Dia hanya menggunakan ID seorang inspektor yg dikenalinya. Selang beberapa hari selepas itu satu kawasan tempat kami berniaga sudah tahu cerita, ini kerana bukan dengan kami saja yg dia cari pasal, rupa2 nya dengan peniaga2 lain yg berdekatan juga! Memang mengejutkan bila kaum Cina juga ada perangai busuk hati dan berdengki.. Kedai mamak yg baru buka pun dia nak buat musuh. Adoi... apa nak jadi dengan dunia sekarang??? Saya fikir hanya kaum melayu yg masih ada busuk hati dan berdengki dalam perniagaan rupa2 nya kaum tu pun ada.

Mereka sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerana dapat berniaga di atas Tanah Melayu ni dan bukannya membuat kacau dengan cuba nak "pegang kawasan" ni. Malaysia masih ada undang2 dan jika tidak kerana undang2 ni dah tentu negara kita huru hara. Beberapa "regular customer" kami ada juga bertanyakan hal itu, apa yg kami dapat tahu para perniaga di sini yg mana kena kacau dengan lelaki cina tersebut telah sepakat untuk membuat aduan di Bukit Aman sekiranya dia buat hal lagi. Setakat ini hubungan kami dengan jiran sebelah menyebelah tidak ada masalah... dan kami akan kekalkan hubungan baik ini selama yg mungkin. Barulah dikatakan 1 Malaysia  :)

Tuesday, January 4, 2011

Cemburu ke Dengki

Kalau kita cemburukan seseorang tu dengan kejayaan mereka dan berazam untuk lebih bagus dari mereka memang tak salah. Itu lagi bagus setidaknya kita berusaha sehingga berjaya dari kita mengutuk dan mengata mereka. Tapi macam mana pulak dengan orang yg mempunyai hasad dengki yang teruk pada kita?? Yang tak sudah - sudah mencari pasal dengan kita? Nak berdiam diri atau serang parasit2 ni?

1. Style
Saya pernah dikutuk kerana mengubah style rambut, mencantikkan diri dan ini semua gara2 kaum ni dengki dengan saya. Nak dipendekkan cerita, satu hari tu tiba2 saya nampak kaum ni keluar dari salon yg sama saya pergi dan apa yg mengejutkan style rambutnya sama dengan saya. Kalau orang lain mungkin bengang tapi saya hanya ketawa besar kerana saya tahu macam mana perangai kaum ni. Hingga sekarang, apa pun style rambut atau pakaian saya selang beberapa hari kaum tu akan ubah penampilannya.

2. Masak
Hahaha tang ni memang lucu. Kata orang2 tua, suami takkan cari orang lain kalau isteri pandai masak. Jadi saya menanam azam untuk belajar sebanyak mungkin masakan yg lazat khas untuk hubby tercinta. Almaklumlah dengan berstatuskan isteri ke - 2 mcm2 tohmahan yg saya dapat, tapi tak mengapa kerana ini semua ketentuan Illahi untuk saya. Tapi tak pulak saya menyangka, niat baik saya dikutuk oleh Mem Besar. Sudah lah mcm tu maid dia pun pandai jadi batu api. Apa yg saya masak, lauk apa, berapa ramai yg puji, berapa ramai yg makan sudah dilaporkan kepada Mem Besar.. Apa lagi seminggu berturut Mem Besar masak mcm2 lauk bagi kat hubby.. Ek eleeh... rilex lah.. Kadang2 hati memang sakit tapi saya tetap bersabar dan berdoa 1 hari nanti semua ni akan terhenti. Tapi bila?

Mula2 memang perasaan benci itu meluap-luap, rasa nak sound ( dia dah kena baru2 ni), rasa nak penampar smua ada... Tapi saya jadikan benda2 ni semua sebagai bahan ketawa saya. Dari saya nak memendam rasa, berkerut muka mcm tapir, lebih baik saya ketawa dan tersenyum menghiburkan hati. Setidak2 nya lambat skit nak nampak kedutan kat muka  ;)

Sehingga berjumpa di catitan yg lain. Salam Sejahtera.