Sebar-sebarkan la sebelum terlambat, biarlah orang nak kata perkauman, OLEH ITU KENAPA? ADA MASALAH? Cuba beritahu, Negara mana yang tiada isu perkauman? Selagi kita berbeza bangsa, warna kulit, bahasa, agama, jantina dll maka isu perkauman dan semangat perkauman akan wujud secara semulajadi. Sekali lagi, OLEH ITU KENAPA? ADA MASALAH? Teruskan aja…sebarkan sebanyak mungkin, tiada masalah. Kalau berlaku masalah, kita panggil orang suratkhabar atau pemuda atau Puteri UMNO, mereka akan pasti membantu. Jangan takut atau gusar, kita hanya menyebarkan KEBENARAN dan KESEDARAN!!! Jangan asyik mengalah.
----------
Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 6 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, semangat perpaduan orang Melayu semasa menumbangkan Malayan Union pada 1948 perlu dikekalkan oleh generasi masa kini jika tidak mahu nasib mereka menjadi seperti masyarakat Melayu di Singapura.
Bekas Perdana Menteri berkata, meskipun orang Melayu di republik itu hanya mewakili kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan penduduknya, golongan tersebut seolah-olah dipinggirkan dan ketinggalan.
Ini kerana, kata beliau, orang Melayu Singapura tidak banyak mendapat tempat dalam kerajaan, universiti dan juga tidak dibenarkan mengendalikan senjata dalam tentera kerana dibimbangi akan memberontak.
“Jika Malayan Union dikekalkan, pasti bangsa Melayu sekarang akan ketinggalan dan ditindas seperti yang berlaku di Singapura, malah kita juga mungkin jadi mundur dan termiskin walaupun menjadi majoriti.
“Pasti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Universiti Teknologi Mara (UiTM), sekolah untuk memberi latihan untuk orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membantu nasib orang Melayu juga tidak wujud,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini petang ini.
Hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
Dr. Mahathir turut melahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang terlalu takut untuk mempertahankan hak mereka sebagai orang Melayu dan membincangkan masalah mereka kerana bimbang dilabelkan sebagai perkauman.
Malah kata beliau, untuk menyebut asal usul negara ini adalah Tanah Melayu juga dianggap perkauman sedangkan kenyataan itu ada dalam sejarah negara yang bakal dijadikan mata pelajaran wajib tidak lama lagi.
“Sebenarnya mereka lupa orang Melayu telah banyak berkorban dan mengalah sejak dahulu untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.
“Antaranya membenarkan nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia, Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia, membenarkan kaum lain menjadi warganegara, memperkenalkan DEB yang begitu bertimbang rasa terhadap orang-orang kaya termasuk daripada kaum lain,’’ katanya.
Beliau berkata, masyarakat Melayu juga tidak pernah mempertikaikan kontrak swasta yang hampir semua diberikan kepada kaum lain dan tempat di universiti swasta penuh diisi oleh kaum lain.
“Sedangkan mereka mempertikaikan hak yang telah diperuntukkan kepada kontraktor bumiputera dalam memperoleh kontrak kerajaan dan kuota Melayu di universiti awam,” kata beliau.
Katanya, orang Melayu perlu mengekalkan perpaduan di kalangan mereka bukan untuk merampas hak orang lain tetapi untuk mengekalkan hak dan keistimewaan bangsa sendiri.
Dalam hal ini, beliau berkata, golongan yang terlalu mengutamakan merit sebenarnya memberikan ruang kepada kaum lain untuk muncul sebagai yang terbaik dan akhirnya Melayu akan menjadi seperti di Singapura.
“Walaupun cadangan asalnya membenarkan orang Melayu menjadi Perdana Menteri dan kaum lain dilantik menjadi timbalannya tetapi akhirnya orang Melayu akan tetap terpinggir.
“Bukan mahu mengatakan orang Melayu ini tidak berkeupayaan tetapi kalau nak lihat orang Melayu kita jadi macam di Singapura, undilah parti lawan,” kata beliau sinis.
- Kadang2 saya amat bersyukur kerana Tun pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau lah saya boleh mengundi Tun Mahathir semula...... Artikel ini saya upload bukan untuk niat politik atau perkauman cuma mahu menyedarkan kaum Melayu kita yg ramai lagi masih "tidur". Ini Tanah Melayu dan sepatutnya Melayu bersatu padu demi AGAMA, NEGARA dan EKONOMI kita!! Salam Sejahtera...
Betul tu.. sya mmg setuju sgt.. walaupun apa yg buruk telah berlaku tetapi ayg perlu kita pertahankn ialah negara tanah melayu ini dr dirampas oleh org luar dan barua2nya.. Melayu skrg telah berpecah belah disebabkn oleh bangsa melayu sendiri yg ada agenda mereka masing2.. demi kuasa dan duit.. hbis semua digadai dan yg menjadi mngsa adlah bangsa melayu sendiri.. dulu zaman Tun Mahathir memerintah, xada suara sumbang yg mempertikaikn @ meminta apa yg dikatakan hak bangsa malaysia.. tetapi skrg ramai yg sdh berani.. bahkn sdh ada parti kaum yg berani meminta hak mereka walhal mereka hanya menumpang di tanah org MELAYU.. Bangkit la wahai kawan2 ku semua kita pertahankan tanah melayu ini dr trgadai atau dirampas oleh bangsa lain.. Jangan smpai masa depan ANAK-ANAK n CUCU CICIT kita gelap dan mereka merempat di negara mereka sendiri di masa akan datg ats sbb MAK-BAPAK mereka jahil dan SALAH MEMILIH..
ReplyDeleteAku sokong Sham!!! Berkobar2 semangat bila baca komen hang... Mmg btul, waktu Tun Mahathir memerintah susah nak dengar suara2 sumbang yg tak puas hati, tapi sekarang ni... sedih btul... 1 Malaysia sudah di laungkan tapi knapa masih ada lagi yg mempertikaikan hak mereka?? Tak cukup ke dengan apa yg mereka dah dapat?? Diberi status warganegara Malaysia dah cukup bagus.. ni lah yg dikatakan "dah bagi peha nak kepala pulak".....
ReplyDelete