Sudah hampir seminggu saya tak online kerana tak berapa sihat. Alhamdulilah sekarang beransur sembuh dan dengan cuaca yg hujan renyai dan sunyi di cafe ni saya tergerak nak 'berblogging'. Selang 2 hari yg lepas, ada sekumpulan kaum hawa yang bertudung duduk makan di cafe, manis2 belaka bila senyum. Selepas selesai memesan makanan, kaum hawa ni pun memulakan cerita masing2. Bukan maksud nak busy body tapi disebabkan suara tu terlalu kuat benar sehingga saya terdengar butir perbualan mereka.
Kita sebagai kaum hawa dan beragama Islam bukan ke dah didedahkan tentang kebendaan dan tertib ketika makan?? Tetapi apa yg saya saksikan dan dengar pada waktu itu agak memeranjatkan... Salah seorang dari mereka tanpa segan silu dengan bangganya bersuara "Kalau aku, aku nak lelaki yg kaya gila, kahwin je hidup aku senang, tak payah kerja, upah je orang gaji." Mak aih! Terkedu saya bila dengar mcm tu.. kadang2 sya bersyukur tak mempunyai hati atau niat begitu. Alhamdulillah.
Selesai satu topik bukak pulak lagi satu topik. MasyaAllah... mengumpat rupanya... Malu saya dibuatnya. Banyak lagi benda lain yg boleh diceritakan selain dari mengumpat... mungkin itu memang dah tabiat kaum hawa kot bila dah berkumpul skali. Yang kelakarnya, mereka mengumpat tentang kaum sejenis yang pakai sexy, citer pasal dosa pahala tapi mereka tak tau ke apa yang sedang mereka buat masa tu?? Tak semestinya yang bertudung, berjubah itu sebaik2 manusia, dan yg tak bertudung, merokok, berpakaian sexy itu jahat dan murah. Setidak2 nya mereka tak buat dosa dengan mengumpat orang lain.
Saya bukan menuduh kaum hawa yang bertudung tu jahat mulut... tak semua perangai begitu cuma terkilan dengan sikap mereka yg terang2 menunjukkan pekung mereka di khalayak ramai. Sila beri pandangan tentang isu ni... at least kita smua boleh kongsi bersama. Salam sayang dari saya. ;)
No comments:
Post a Comment