Wednesday, January 26, 2011

Aku ke Kau yang hipokrit ni?

Hi kepada pembaca... Segmen kali ni baru je berlaku pada saya petang tadi. Pernah ke korang di panggil hipokrit oleh seseorang? Korang tau x makna sebenar hipokrit tu??

Dalam “Oxford Learner’s Dictionary” hypocrite; person who make himself or herself appear better than they really are.


Jelas bukan... cuba baca cerita saya sampai habis dan anda sendiri fikir adakah saya hipokrit?
Petang tadi di cafe, staff saya pergi ke toilet dan selepas selesai urusan di toilet tu dia pun mengadu pada saya yang dia ternampak ada seluar dalam lelaki atas lantai toilet. Dengan sepantas kilat saya tau sapa punya, jadi saya sms boss besar adukan hal ini. Pada mulanya tuan empunya "barang" tu tak mengaku, dia cuba tunding jari pada kakak nya, tapi sekali tengok pun dah tahu itu "barang" budak lelaki punya. Setelah membuat pengasahan ala2 CSI gitu, boss besar pun tegurlah boy ni. Tujuan saya menegur bukan sengaja nak bagi boy ni kena marah, tapi tak ke malu kalau customer masuk toilet dan nampak "barang" tu??? Buatnya customer tu complaint kat MBPJ ke... upload masuk dalam internet ke, cafe boss saya yg dapat malu.


Dipendekkan cerita, boy ni punya mother sudah angin satu badan kat saya. Dalam dia memarahi anaknya sempat pulak melepas geramnya kat saya sekali cuma dia tak berani nak berdepan dengan saya so anak nya tu lah jadi mangsa. Lalu dia pun panggil saya hipokrit.. katanya "awak pun satu, dah tahu dia tu hipokrit yang awak tak tau nak jaga barang awak kenapa?" Aiiyyoooo!!! Cik kak oi! Awak kan rajin keluar pergi sana sini, apa kata awak singgah kedai buku cari kamus dan fahamkan betul2 makna hipokrit okay! Saya rasa dia lagi hipokrit sebab bila nak kan sesuatu dia punya lembut bercakap dengan boss besar bukan main lagi... Kasanova pun kalah. Tapi bila boss besar tak de, awak punya kutuk dia mak aih. Lagi satu konon cakap tak suka masuk tv lah, tak suka glamour lah, tapi bila time orang nak shooting, awak jugak yg sebok nak enterframe... kalau lah cameraman tu boleh cakap, dah lama dia sound suruh awak blah... 


Saya amat mementingkan kebersihan baik kat dapur, toilet atau pun tempat buat air. Ya saya pasti akan membebel bila cafe tak bersih. Saya akan tegur sesiapa saja yg tak jaga kebersihan. Tapi tak tau pulak teguran untuk mendisiplinkan boy tu saya digelar hipokrit... apa kena mengena ek?? Sebab tu saya tak suka anak2 saya terlalu spoil dengan maid. Semua benda maid yang buat, sampaikan "barang" sendiri pun maid jugak yg nak kena uruskan... Kalau tak suka orang tegur atau marah anak kita.... ajarlah anak tu menjaga kebersihan dan "barang2" dia, bukannya menyalahkan orang lain. Kalau kita kat rumah pun duk relax je, smua keja pun harap maid dari situ lah anak2 kita ikut attitude ala2 mcm anak raja.


Jadi renung2 kan lah dan tolong bagitau hipokrit ke saya??

No comments:

Post a Comment