Friday, January 14, 2011

Kenapa mesti perlahankan suara azan??

Salam Sabtu dari saya yang baru selesai membelek Berita Harian. Selalunya Harian Metro adalah pilihan utama saya tetapi tergerak pula nak membaca BH. Selepas sehelai demi sehelai lampiran dibuka dan baca, mata saya tertarik pada berita mengenai isu memperlahankan suara azan di sebuah masjid di Pantai Dalam. Apa sebenarnya dah jadi??

Kenapa mesti memperlahankan suara azan?? Apa yang tak kena?? Siapa punya kerja tu?? Dah tak takut Allah S.W.T ke? Jangan jadi mcm Singapura yg mengenepikan hak orang Islam!!! Ini Malaysia dan majoriti rakyatnya beragama Islam!!! Saya membesar di Flat Sri Pahang, Bangsar dan setiap kali masuk waktu saya akan mendengar seruan azan yang kuat samada dari arwah Pak Long saya atau pun jemaah surau yang lain di situ. Saat yang paling saya suka dengar seruan azan adalah pada waktu solat Subuh, damai dan aman. Sehingga sekarang seruan azan masih bergema di ketiga2 blok di Flat Sri Pahang. Walaupun sekarang saya tinggal di Damansara, Alhamdulillah saya masih boleh dengar seruan azan walaupun agak sayup bunyinya tapi setidak2 nya ia menyedarkan saya yg kadang2 leka dengan kerja2 saya.

Harap2 tidak akan timbul lagi isu mengenai seruan azan yang perlu diperlahankan kerana ianya adalah isu yang sangat sensitif bagi kita orang Islam. Tak kira lah kalau kawasan tu majoritinya orang kaya ke, tan sri dan puan sri ke mat salleh ke yang duduk di situ, mereka tetap kena hormat agama Islam. Kita tak perlu tunduk dengan permintaan mereka untuk memperlahankan seruan azan (ini yg berlaku di Paris, U.S. dan Singapore). 1 Malaysia tetap 1 Malaysia tapi agama kita tetap agama Islam! Jangan diperkotak katikkan hal ini. Salam sayang dari saya.

No comments:

Post a Comment