Pengalaman Menyambut Tahun Baru 2012 Ditahan Polis B*D*H!!
Salam 2012 buat semua blogger dan juga sahabat di luar sana. Agak lama juga tak menulis blog kerana sibuk menguruskan anak2 dan juga perniagaan. Di saat mata masih belum boleh lelap jari seakan gatai nak berkongsi pengalaman yg memang menyakitkan hati dan bangang untuk Polis2 yg buat "ROADBLOCK" di Morib malam tadi.
Hari Sabtu memang hari wajib bagi kami keluar satu keluarga, cuma kali ni kami plan nak melawat Abah saya yg menetap di Morib. Selesai sesi beramah mesra sekitar jam 5.00 petang, suami ajak pi makan ikan bakar di kedai Senandung Malam, Bagan Lalang (tempat yg memang orang kita suka pi makan). Sudahlah ramai, order makanan pukul 7.30pm tapi makanan sampai 2 jam selepas tu! Bayangkan lah dengan anak2 lapar lepas tu ada yg demam pulak, nak tak nak kena lah bersabar. Alasan mereka "orang ramai"... kalau dah tau ramai standby lah tukang masak ramai skit... adoi!
Selesai makan dalam pukul 10.30pm kami semua beransur balik. Memang banyak kereta yang menghala ke Bagan Lalang nak menyambut 2012 lah katakan, mungkin nak ber "countdown" di sana. Dalam kepala otak saya hanya mahu cepat smapai ke rumah sebab demam anak semakin teruk. Lepas je simpang keluar dari Morib, selepas traffic light kedua saya lihat banyak kereta berhenti. Memang seperti diduga ada roadblock di depan tapi dalam hati berkata, nak takut apa kami bawak kereta standard gaban hari ni, lagipun bukannya ada buat salah apa. Sampai giliran saya tepat pukul 11.35pm polis yg ditugaskan untuk memeriksa setiap isi perut kereta menegur orang gaji saya yg tak pakai tali pinggang keledar so kena lah berhenti tepi. Suami yg naik kereta berasingan turut berhenti.
Kesalahannya memang dah ketara, dia minta passport, saya bagi passport maid dan saya sertakan lesen serta i/c saya. Polis tu punya bangga bersuara pasal kesalahan kami mcm lah kami ni bawak dadah dalam kereta. Tiba2 saya di suruh keluar dari kereta dan berjumpa dengan Ketua mereka. Aik takkan pasal nak saman maid, saya pun dia nak jumpa?? Nak berkenalan kah? Bila di tanya kenapa dia terus bertanyakan berkenaan lesen memandu saya, katanya lesen tu palsu!!! Jenuh mulut bercakap betul, tapi tetap dituduh memalsukan lesen, sampai satu tahap saya meninggikan suara mengatakan selalunya lesen saya akan diperbaharui oleh despatch suami saya. Saya takkan tahu kalau lesen tu tipu. Bila dengar kenyataan saya dia terus nak cakap yg saya memang menipu, dengan marah yg memang dah meluap2 saya jerit depan mereka memanggil suami supaya datang dan bercakap dengan Ketua mereka.
Punca Ketua dia cakap lesen tipu sebab lesen saya bila di suluh dengan torchlight eveready diorang tu tak ada pantulan gambar harimau sedangkan lesen dia (siap bawak keluar dari wallet nak buktikan yg saya ni palsukan lesen) dan juga lesen suami tertera pantulan kepala harimau tu. Bila suami suruh diorang check dengan computer tak pulak diorang pi check! Macam mana saya tak panggil diorang ni bangang dan bodoh! Nak buat roadblock untuk tujuan apa? Kalau DUI mana alat untuk sukat tahap alkohol tu?? Kalau dadah, mana bekas2 dan alat untuk uji air kencing??! Dah lah banyak kereta kat situ yang rata2 nya orang2 melayu yg memang busy body dok tengok apasal saya di tahan kat situ. Malu? Oh jauh skali untuk malu sebab saya tak buat salah apa pun.
Bila suami suruh saya ambil lesen motor, saya menjadi lagi tension sampai saya tempik depan mereka menyatakan "anak dah lah demam panas, lagi nak buang masa kat sini. Kalau nak saman, saman je lah". Selepas mengambil lesen motor di wallet dan on the way ke meja Ketua diorang, salah sorang dari mereka MEMPERSENDAKAN keadaan anak saya yg demam dengan berkata "rilekslah cik kak, anak bukannya nak kemana". Macam sial kan cakap mcm tu. Saya tempelak dia dengan menyatakan "Kalau jadi apa2 pada anak saya, korang semua aku saman! Tak kira sapa pun dan apa pun pangkat korang!'. Polis tu terus diam dan saya terus blah dari situ. Hati sakit yang teramat sangat, kalau ikutkan hati memang confirm saya kena tahan lokap atas kesalahan amuk pada pegawai polis! Selepas menunjukkan lesen motor saya, lepas diorang suluh dengan torchlight eveready diorang skali lagi, memang ada kepala harimau kat situ, jadi saya tanya kalau lesen kereta tu tipu mcm mana saya boleh buat lesen motor tu?
Suami memang boleh bertoleransi lagi dengan beruk2 ni tapi saya nak pandang muka diorang pun menyampah. Dalam hati berkata baru jaga dalam kawasan kampung nak tunjuk Sharip Dol punya samseng kat kitorang yg duduk bandar! Agak2 lah, kami bukan bodoh macam hangpa yg buat roadblock dengan segala peralatan tak lengkap! Diorang tak saman pun maid saya sedangkan dah terang memang buat salah, tapi nak babitkan saya atas alasan lesen palsu!! Sepanjang perjalanan saya menyumpah seranah diorang. Mungkin disebabkan saya perempuan diorang cuba nak memperbodohkan saya kot. Silap orang bai! Saya jenis yang akan bertekak dengan sapa pun sampai saya puas! Walaupun saya di saman tapi saya puas menyuarakan apa yg saya nak. Polis Kota Damansara, JPJ Padang Jawa semua saya pernah bertekak!
Bila digelar bodoh, tau pulak marah, tapi cara diorang tu? Saya yang selalu di tahan Polis trafik dan JPJ atas kesalahan memandu laju tak pernah pun timbul isu lesen palsu nih.... Ini polis biasa yg macam haram jadah nak tuduh saya guna lesen palsu! Padahal dah bagitau yg lesen tu saya renew di pejabat pos tapi Ketua diorang tetap cakap ada ejen2 yg tipu duit dengan memalsukan lesen. Kau pekak ke?? Aku cakap Pejabat Pos bukan ejen.... Adoiyaaai! Aku dapat lesen dari umur aku 16 tahun dan aku bukan jenis orang yg "BELI LESEN". Jangan ingat bila korang berseragam polis korang dah cukup arif tentang undang2... dan jangan fikir kitorang yg orang biasa ni BUTA undang2.
Disebabkan perangai segelintir Polis ni lah yang menyebabkan orang ramai benci mereka. Kalau tak takkan kecoh dekat youtube pasal Macha yang berang dengan Polis kita pasal panggil dia P*K*M*K??? ( http://www.youtube.com/watch?v=8mKRV_17Gp4 )
Selalunya diorang yang baru keluar dari akademi lah yg berlagak macam bagus sangat, dengan pakai speck mata hitam konon rasa mcam US Police konon.. PTUUIIHH!!! Tolong lah ubah image korang dan jaga sikit mulut korang yang macam bangkai tu! Jangan memalukan image PDRM! Aku sampai bila2 tak akan respect diorang walaupun ada diantara keluarga aku yg pernah menjadi polis.
Kepada pembaca beri pendapat korang atau share pengalaman korang bila berdepan ngan Polis2 neh..
Sampai di sini bebelan saya... Selamat Tahun Baru 2012 semua dan Assalammualaikum WBT!
No comments:
Post a Comment