Kalau kita cemburukan seseorang tu dengan kejayaan mereka dan berazam untuk lebih bagus dari mereka memang tak salah. Itu lagi bagus setidaknya kita berusaha sehingga berjaya dari kita mengutuk dan mengata mereka. Tapi macam mana pulak dengan orang yg mempunyai hasad dengki yang teruk pada kita?? Yang tak sudah - sudah mencari pasal dengan kita? Nak berdiam diri atau serang parasit2 ni?
1. Style
Saya pernah dikutuk kerana mengubah style rambut, mencantikkan diri dan ini semua gara2 kaum ni dengki dengan saya. Nak dipendekkan cerita, satu hari tu tiba2 saya nampak kaum ni keluar dari salon yg sama saya pergi dan apa yg mengejutkan style rambutnya sama dengan saya. Kalau orang lain mungkin bengang tapi saya hanya ketawa besar kerana saya tahu macam mana perangai kaum ni. Hingga sekarang, apa pun style rambut atau pakaian saya selang beberapa hari kaum tu akan ubah penampilannya.
2. Masak
Hahaha tang ni memang lucu. Kata orang2 tua, suami takkan cari orang lain kalau isteri pandai masak. Jadi saya menanam azam untuk belajar sebanyak mungkin masakan yg lazat khas untuk hubby tercinta. Almaklumlah dengan berstatuskan isteri ke - 2 mcm2 tohmahan yg saya dapat, tapi tak mengapa kerana ini semua ketentuan Illahi untuk saya. Tapi tak pulak saya menyangka, niat baik saya dikutuk oleh Mem Besar. Sudah lah mcm tu maid dia pun pandai jadi batu api. Apa yg saya masak, lauk apa, berapa ramai yg puji, berapa ramai yg makan sudah dilaporkan kepada Mem Besar.. Apa lagi seminggu berturut Mem Besar masak mcm2 lauk bagi kat hubby.. Ek eleeh... rilex lah.. Kadang2 hati memang sakit tapi saya tetap bersabar dan berdoa 1 hari nanti semua ni akan terhenti. Tapi bila?
Mula2 memang perasaan benci itu meluap-luap, rasa nak sound ( dia dah kena baru2 ni), rasa nak penampar smua ada... Tapi saya jadikan benda2 ni semua sebagai bahan ketawa saya. Dari saya nak memendam rasa, berkerut muka mcm tapir, lebih baik saya ketawa dan tersenyum menghiburkan hati. Setidak2 nya lambat skit nak nampak kedutan kat muka ;)
Sehingga berjumpa di catitan yg lain. Salam Sejahtera.
mereka semua ni adalah golongan yang mempunyai tekanan jiwa yang tahap dewa..jiwa yang dipenuhi hasad dengki dan cemburu dimana sudah jelas dia sebenarnya teringin menjadi diri KITA ni.. tapi malangnya dia adalah dia..so diri kita diorang nak diperkotak-katikkan..seolah-olah mereka lah yang terbaik dalam segala hal..dan kita la yang terburuk...apa kata kita tengok selama mana n sekuat mana mereka ni nak bergendangkan?....!-!
ReplyDeleteyeah!! way to go babe!! aku suka comment ko.... kita tunggu dan lihat okay...
ReplyDelete